Khamis, 17 Julai 2014

RAMADHAN SEMAKIN MENINGGALKAN KITA

Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

kita telah masuk hari yang ke-21 berpuasa. tahukah dan sedarkah kita bahawa bulan ramdhan yang penuh barakah ini semakin meninggalkan kita. adakah kita akan menagisi perpisahan ini? sabda Nabi S.A.W yang bermaksud "jika seseorang itu tahu akan kelebihan ramdhan nescaya mereka akan berharap ramdhan sepanjang tahun"

terlalu banyak kelebihan yang Allah kurniakan di dalam bulan Ramadhan antaranya ialah
-bulan diturunkan Al-Quran
-bulan rahmat dan keampunan
-bulan pahala digandakan
-bulan sedekah
-bulan pada malamnya ada lailatulqadar
-orang yang meninggal pada bulan ramdahan di jauhakn dari azab qubur.
-dan banyak lagi.

alangkah rugi dan CELAKAnya orang yang apabila ramdhan datang disia-siakan. adakah kita yakin kita sempat bertemu dengan bulan ramdhan tahun depan.

Justeru marilah sama-sama kita menghabiskan baki ramdhan ini dengan mempebnyakan ibadah seperti:
1-qiamulail
2-ittikah di masjid
3-banyakan sebut lailah illa allah
4-banyakkan istigfar
5-banyakkan doa "Allahumma inna nasaluka redhaka waljannnah....."

ingan janji allah barang siapa yang menghidupkan ramadhan allah akan menghapuskan dosanya yang telah lalu. Buat anak-anak didik ustaz ambillah keberkatan ramadhan untuk bermunajat memohon kejayaan dalam SPM dan PT3 kerana nabi, sahabat dan para perjuang terdahulu telah berjaya dalam bulan RAMADHAN.

wassalam.

Ahad, 6 April 2014

PT3 ganti PBSMR dan PMR

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
 
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin terhadap isu pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dibangkitkan oleh guru-guru. PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat (PP). Selain itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai berasaskan peperiksaan semata-mata. Jemaah Menteri pada Disember 17, 2010 telah bersetuju supaya PBS dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan. Pengoperasian PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah pada sesi persekolahan tahun 2011 dan sekolah menengah pada sesi persekolahan tahun 2012. Walaubagaimanapun, pada 11 Februari tahun ini, KPM telah membuat keputusan untuk menangguhkan PBS dan mengkaji semula pelaksanaannya. Ini adalah kerana guru-guru menyatakan bahawa mereka dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat yang menjadi bebanan kepada mereka, manakala ibubapa pula tidak pasti bagaimana murid dinilai terutama pelajar tingkatan 3 tahun ini yang merupakan kohort pertama melalui PBS. 

Penangguhan ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang ditimbulkan ekoran daripada rungutan guru-guru dan ibu-bapa dan mengambil langkah-langkah yang perlu dan segera dalam penambahbaikan PBS. Ekoran dari kajian semula PBS, KPM telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan beberapa siri perbincangan dan pertemuan dengan kesatuan-kesatuan guru serta beberapa kelompok guru-guru untuk mendapatkan maklum balas dan membantu dalam memberi input kepada penambahbaikan PBS. Isu-isu pelaksanaan PBS Berdasarkan kajian KPM dan input daripada guru-guru dan kesatuan kesatuan guru, didapati terdapat tiga isu utama berkaitan perlaksanaan pentaksiran sekolah.
 
Pertama, ialah penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang menyebabkan guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang banyak. Bagi menangani isu ini, KPM telah menetapkan DSP dipermudahkan menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid. Guru mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Guru seterusnya mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan penilaian mereka sendiri dengan merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid tersebut. Guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan kaedah mereka sendiri. Perekodan ini menggambarkan perkembangan pembelajaran murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada ibu bapa. Dengan yang demikian, guru tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan data dan evidens hasil kerja murid melalui pernyataan evidens yang terlalu kompleks. Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak-anak mereka, pihak sekolah boleh menyediakan pelaporan pencapaian dengan mengadakan ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun sekolah.
 
LAMPIRAN 1 DAN 2
Isu kedua ialah pengurusan fail yang rencam meliputi Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Rekod Transit. Bagi menangani masalah ini, guru tidak perlu lagi menyediakan FPM dan melengkapkan Rekod Transit. Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru.
 
LAMPIRAN 3
Ketiga, perekodan prestasi murid melalui Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) secara atas talian (online) yang sukar diakses dan memakan masa yang lama. Oleh kerana bilangan pernyataan deskriptor dan evidens telah
dikurangkan, secara otomatik guru-guru tidak akan dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat. Bagi memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran, guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online seperti sebelum ini. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline.

Menerusi PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang
akan dilaksanakan di peringkat sekolah. PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan
dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan.
Manakala mata pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), ujian amali (practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case study). 

Melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang setara (standardised) yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP). LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan. Moderasi ialah suatu proses menyelaras markah yang diberi oleh beberapa orang pemeriksa ke atas hasil kerja murid bagi mendapatkan satu markah yang dipersetujui bersama. Persetujuan ini adalah berdasarkan peraturan pemarkahan yang disediakan dan merupakan prosedur untuk memastikan ketekalan (konsistensi) pemberian markah antara pemeriksa. Verifikasi pula ialah proses menentusahkan markah yang diperoleh murid adalah markah yang selayaknya diterima.

LAMPIRAN 4
PT3 ini juga akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke sekolahsekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka.

LAMPIRAN 5
Untuk memastikan PBS yand telah di tambahbaik ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan seperti yang dihasratkan, KPM akan mengadakan taklimat secara terperinci tentang konsep dan pelaksanaannya kepada
pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pentadbir dan guru-guru. Latihan adalah satu aspek utama dalam memastikan guru dapat melaksanakan pentaksiran
. Oleh itu, KPM akan berusaha mengadakan latihan supaya guru memahami konsep pentaksiran dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, KPM juga akan mengadakan latihan bagi meningkatkan kemahiran guru memeriksa jawapan murid. 

Penambahbaikan PBS akan di laksanakan mulai April 1.

Selasa, 28 Januari 2014

TUGASAN CUTI SEKOLAH TERKINI

asalamualaikum dan salam maju jaya.

              selamat bercuti buat anak-anak didik ustaz. anda ada tugasan yang perlu dilakukan pada cuti ini. ustaz telah menyediakan format yang perlu dipatuhi dan juga contoh partition. semoga anda dapat melaksanakan tugasan dengan penuh amanah. sabda nabi SAW "barang siapa yang menempuh jalan kesukaran menuntut ilmu maka allah akan memudahkan jalannya ke syurga."



Format Folio
-muka depan  “ folio pendidikan islam tingkatan 2 [tokoh]
- tajuk saidina Umar, Uthman, Ali dan Hamzah R.A.
- partition setiap nama tokoh
- isi kandungan
-biodata
- sifat peribadi
-sumbangan
-iktibar
-penutup/ pengajaran yg anda dapat.
-taip computer (tulisan tangan dibolehkan dengan syarat kemas dan cantik)
Tarikh hantar sebelum atau pada :  6 Februari 2014



Bil
Aspek
Markah
1
Muka depan
10 markah
2
Isi kandungan
10 markah
3
penghargaan
15 markah
3
partition
10 markah
4
Kandungan
-biodata
-sifat peribadi
-sumbangan
-ikhtibar

5 markah
5 markah
5 markah
5 markah
5
penutup
15 markah
6
Kekemasan
20 markah

Jumlah
100 markah


ustaz juga telah sediakan contoh susunan dan partition folio. download di link berikut http://www.ziddu.com/download/23553769/tagfolio.docx.html . selamat menjalankan tugas. wasalam.



















Sabtu, 25 Januari 2014

Contoh Rancangan Pengajaran Tahunan PBSMR 2014


asalamualaikun
saya telah mengambil satu rancangan pengajaran tahunan dari scribd sebagai contoh untuk para guru jadikan rujukan. Dibawah adalah link ke laman web tersebut.
http://www.scribd.com/doc/188334002/Plotting-Rpt-Pendidikan-Islam-Tingkatan-3

anda juga boleh download RPT yang dalam word yang mana anda boleh edit nanti.
 http://www.ziddu.com/download/23550344/RPTT3.docx.html

 moga perkongsian ini memberi manfaat bersama. wassalam.