Sabtu, 8 Oktober 2016

PERSIAPAN SEBELUM PT3 2016

asalamualaikum dan salam sejahtera...

peperiksaan pt3 semakin hampir, guru dan pelajar sibuk membuat persediaan yang rapi agar keputusan nanti adalah yang terbaik... Antara persiapan yang perlu dilakukan ialah:


sebelum minggu peperiksaan

1- guru perlu habiskan silibus pelajaran tingkatan 3
2- pelajar perlu mengulangkaji pelajaran ditingkatan 1, 2 dan 3 kerana soalan PT3 merangkumi soalan di tingkatan 1,2 dan 3. cara yang paling sesuai ialah memberi latihan topikal kepada pelajar
3- pelajar perlu memahirkan diri menjawab soalan KBAT. mengenal pasti kehendak soalan
4-guru juga perlu menerangkan format penandaan saoalan agar pelajar tahu cara untuk mencari markah.
6. buatlah latihan sekorang-kurangnya 3 ke 10 set buku latihan soalan sebenar.

sebelum masuk ke dewan peperiksaan


1. bagun awal. jikalau boleh lakukan solat tahjud dan hajat.
2. buat ulangkaji sedikit
3. siapakan alatan untuk peperiksaan (pen, pensil, pemadan, IC dan slip peperiksaan)
4. pergi solat subuh berjamaah di masjid atau surau.
5. mohon restu dari ibu ayah. pelajar boleh menelefon ibu dan ayah supaya mendoakan mereka. pelajar juga perlu memohon restu dari guru. para ibu dan guru pula jangan lupa mendoakan pelajar semasa exam berlansung.
6. melalakukan solat hajat atau solat sunnat dhuha.
7. berbicang dengan rakan berkenaan subjek samada topik atau cara menjawab soalan tertentu,
8. berdoa kepada Allah.

semasa perperiksaan berlansung

1. duduk dengan tenang.
2. tunggu arahan pengawas peperiksaan
3. baca bismillah sebanyak 50 kali
4. baca ayat al-quran alam nashrah
5. baca arahan dengan teliti
6. baca arahan soalan dengan cermat terutamanya soalan KBAT. Soalan KBAT pelajar hendaklah membaca stimulus dan soalan berkali2 agar tidak careless dengan kehendak soalan. biasanya soalan KBAT mesti dijawab dalam masa 5 minit ke 6 minit.
7. jangan tinggal soalan walaupun satu. setelah selesai semak semula semua jawab terutama soalan KBAT,.
8. baca bismillahi tawakkaltu alallah 3x sebelum hantar.

setelah exam tammat
1. berserah diri pada allah
2. kerap berdoa agar keputusan baik
3. buat kebaikan sebanyak mungkin.
4. Redha dgn semua keputusan yg keluar dan anda tetap akan sambung ke tingkatan 4. Buatlah yang terbaik utk SPM pulak...
Sekian.
Salam maju jaya....
Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan