Ahad, 27 Oktober 2013

PENTAKSIRAN BERDASARKAN SEKOLAH MENENGAH RENDAH (PBSMR)

asalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh.

              pentaksiran berdasarkan sekolah menengah rendah atau PBSMR adalah sebuah transformasi dalam pendidikan yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menggantikan PMR. perlaksanaan ini merupakan kesinambungan dari perlaksaan PBS tingkatan 1 dan 2 yang telah dijalankan. PBS sekolah menengah telah diperkenalkan pada tahun 2012.
              Tujuan PBS diperkenalkan adalah kerana untuk  menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara. Malaysia. 

kewujudan PBS adalah untuk meraikan kepelbagaian pelajar. pelaksanaan PBS juga adalah berdasarkan kerangka Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

terdapat dua bentuk pentaksiran iaitu pentaksiran pusat dan pektaksiran sekolah. pektaksiran pusat akan dijalankan semasa pelajar berada di tingkatan 3. soalan dan instrument disediakan oleh pihak KPM. manakala pentaksiran  sekolah adalah segala bentuk soalan atau instrument mengikut guru sendiri. pihak KPM hanya menyedikan Dokumen Standard Prestasi sebagai rujukan para guru.


PBS adalah satu wadah kepada guru untuk mendidik pelajar agar lebih seimbang diantara dunia dan akhirat. ianya juga tidak akan membebankan guru dan pelajar dengan syarat para guru faham dengan konsep PBS ini. selain itu sistem SPPBS juga perlu di perkemas kini agar lebih pantas dan lancar. para guru di galakkan membina instrument sendiri berbanding menggunakan buku latihan dari syarikat penerbitan kerana guru lebih mengenali pelajar.

      sekian, salam maju jaya buat para murabbi. wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan