MENYAMBUT AIDIL FITRI
SESUAI SUNNAH NABI
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
إخوة استاذ حذري البنداني
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ
وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَن
وَالَاهُ
Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya
membentuk golongan muttaqin (orang yang bertakwa).
Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sempena menyambut ketibaan hari lebaran Aidilfitri ini. Antaranya ialah :
1. Memperbanyakkan takbir .
Menurut ulama syafi’eyah takbir hari raya bermula dari terbenam matahari hari terakhir ramadhan sehinggalah takbiratul ihram imam solat sunat hari raya.
Takbir hari raya Aidilfitri adalah takbir mursal yang tidak berhubungkait dengan waktu solat. Sepanjang tempoh (dari terbenam matahari hari terakhir ramadhan sehinggalah usai imam berkhutbah hari raya ) boleh melakukan takbir pada bila-bila masa.
Sunat juga bertakbir ketika keluar dari rumah dan sepanjang perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat hari raya.
Sunat juga bertakbir ketika menunggu kedatangan imam dan para jamaah
hadir ke tempat menunaikan solat hari raya.
Ibnu Umar Radhiyallahu berkata,
أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ
فِيْ الْعِيْدَيْنِ مَعَ الْفَضْلِ بْنِ عَبَّاسٍ وَعَبْدِاللهِ
وَالْعَبَّاسِ وَعَلِيٍ وَجَعْفَرٍ وَأُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ وَزَيْدٍ
بْنِ حَارِثَةَ وَأَيْمَنَ بْنِ أُمِّ أَيْمَنَ رَافِعًا صَوْتَهُ
بِالتَّهْلِيْلِ وَالتَّكْبِيْرِ
“Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam keluar di dua hari raya bersama Al-Fadhl bin Abbas, Abdullah, Al-Abbas, Ali, Ja’far, Al-Hasan, Al- Husain , Usamah bin Zaid, Zaid bin Haritsah, dan Aiman bin Ummi Aiman sambil mengangkat suaranya bertahlil dan bertakbir“. [HR.Al-Baihaqy
dalam As-Sunan Al-Kubro (3/279)
2. Mandi sunat hari raya.
Ali bin Abi Tholib Radhiyallahu anhu pernah ditanya tentang mandi, maka beliau menjawab :
يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَيَوْمَ عَرَفَةَ وَيَوْمَ النَّحْرِ وَيَوْمَ الْفِطْرِ
(Mandi yang dituntut dengan tuntutan sunnah ) ialah mandi di hari Jum’at, hari Arafah (wuquf), hari aidul Adh-ha, dan hari aidul Fitri“.
[HR.Asy-Syafi’i dalam Al-Musnad (114), dan Al-Baihaqy (5919)]
3. Memakai pakaian yang baru, baik dan indah serta menepati tuntutan syariat.
Ibnu Umar , ia berkata:
أَخَذَ عُمَرُ جُبَّةً مِنْ إِسْتَبْرَقٍ تُبَاعُ فِيْ السُّوْقِ
فَأَخَذَهَا فَأَتَى رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَقَالَ يَارَسُولَ اللهِ اِبْتَعْ هَذِهِ تَجَمَّلْ بِهَا لِلْعِيْدِ
وَالْوُفُوْدِ
” Umar mengambil jubah dari sutera yang dijual di pasar. Dia pun mengambilnya lalu dibawa kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam seraya berkata:
" Ya Rasulullah, Belilah ini agar engkau
boleh berhias dengannya untuk hari raya dan para utusan … ( HR. Al-Bukhari dalam Shohih-nya (906), Muslim dalam Shohih-nya (2068))
Al-Allamah Asy-Syaukani -Rahimahullah- berkata dalam Nail Al-Author (3/349),”
Segi pengambilan dalil dari hadis ini tentang disyari’atkannya berhias di hari raya adalah adanya taqrir Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bagi Umar atas dasar bolehnya berhias di hari raya
( bukanlah sebagai hujah boleh memakai sutera kerana adanya dalil pengharamannya bagi kaum lelaki-pen.)
Imam Syafie berkata:
Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis
perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.
( Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327).
4. Makan sebelum keluar menunaikan solat hari raya.
Buraidah Radhiyallahu anhu berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْفِطْرِ لَا
يَخْرُجُ حَتَّى يَطْعَمَ
“ Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam tidaklah keluar di hari aidil Fithri sehingga baginda makan terlebih dahulu, ”.
( HR. Ibnu Majah dalam As-Sunan : 1756) Di-hasan-kan oleh Syu’aib Al-Arna’uth dalam Takhrij Al-Musnad (5/352/no 23033)
Sunat juga makan buah kurma.
Anas bin Malik r.a berkata:
“Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.”
Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa
Anas r.a berkata:
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam memakannya dalam jumlah yang ganjil.” ( Hadis riwayat al-Bukhari ; 953 )
* waktu PKP nie solat hari raya hanya di rumah jadi sebelum nak solat sunnat hari raya bersama keluarga jamahlah sedikit makanan untuk mengikuti sunnah baginda Nabi.
5. Menunaikan solat hari raya.
Ibnu Abbas berkata:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى يَوْمَ
الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُصَلِّ قَبْلَهَا وَلَا بَعْدَهَا
“Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam melaksanakan sholat Aidil fithri sebanyak dua raka’at, namun beliau tidak solat sebelum dan sesudahnya“.
( HR.Al-Bukhory dalam Ash-Shohih : 989)
Para ulama menyatakan sunat bersegera menunaikan solat hari raya tatkala imam tiba dan tidak melakukan apa-apa solat sebelum atau selepasnya kecuali solat tahyatul masjid yang ada tuntutannya apabila solat hari raya di lakukan di masjid.( jika dirumah xperlu solat tahiyatul masjid ye)
6. Mendengar khutbah hari raya.
Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata:
“ Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan
memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah)”.
(HR. al-Bukhari : 956 ).
* khutbah sunnah sahaja untuk kita baca. jika solat seorang atau bilangan sedikit xperlu khutbah. tetapi jika bilangannya 3, 5 dan keatas adalah sunat yang digalakkan..
7. Mengucapkan tahniah kepada kaum muslimin. Sebaik-baik ucapan ialah :
تقبل الله منا ومنكم
“ Semoga Allah menerima ( ibadah puasa ) dari kami dan kalian”.
al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:
“Apabila para sahabat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bertemu
di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain :
‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan
amalanmu).”
( Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, jil. 5, ms. 270-271 )
8. Pulang ke rumah melalui jalan yang lain. (tahun nie tak perlu sebab dok rumah ja kan......)
Abu Hurairah Radhiyallahu anhu berkata :
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا خَرَجَ إِلىَ
الْعِيْدِ رَجَعَ فِيْ غَيْرِ الطَّرِيْقِ الَّذِيْ خَرَجَ فِيْهِ
“Nabi Shollallahu ‘alaihi wasallam- jika keluar untuk berhari raya ( solat ), baginda kembali pada selain jalan yang beliau keluar“. ( HR.Ibnu Majah : 1301)
9. Menzahirkan kegembiraan berhari raya dengan perkara mubah dan tidak
melanggar syariat.
Anas bin Malik r.a berkata: " Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main ( bergembira dengan nyanyian dan paluan kompang-pen) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi:
" Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” ( HR. al-Nasaai: 959).
10. Syawal juga disambut dengan berpuasa enam hari di bulan ini untuk
meraih ganjaran pahala puasa setahun.
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam:
“ Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa
enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun”
( HR Muslim:1164).
Semoga kita dapat mengamalkannya di Syawal ini.. selamat menyambut
hari lebaran :
تقبل الله منا ومنكم
Ya Allah kami memohon rahmat dan perhatian-Mu, anugerahkanlah iman
yang teguh, hati yang suci, akhlak yang luhur dan kehidupan yang sakinah.
Kuatkanlah kami dengan iman dan yaqin, taqwa dan taat ,agar kami tergolong dari kalangan hamba-hamba-Mu yang diredhai dunia dan akhirat…amen.
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّمَ, والْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , والعفو.... تقبل الله منا ومنكم...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan