Jumaat, 8 Mei 2020

NOTA RINGKAS ADAB TINGKATAN 5

NOTA RINGKAS ADAB TINGKATAN 5

ADAB BERJIHAD
PENGERTIAN JIHAD
  • bahasa ialah usaha yang bersungguh-sungguh dengan menggunakan kemampuan yang ada.
  • istilah pula, usaha yang dilakukan seseorang muslim dengan menggunakan seluruh kemampuan untuk menegakkan Islam dan mendapatkan keredhaan Allah.
KELEBIHAN ORANG YANG BERJIHAD
  • diangkat darjat di sisi Allah
  • disediakan syurga
  • mendapat pahala yang besar
PERINGKAT JIHAD
  1. Berjihad membaiki diri (belajar agama)
  2. Jihad menghapuskan kezaliman dan kemungkaran.
  3. Jihad melwan kafir Harbi dan munafik
  4. Berjihad melawan syaitan (tidak ikut ajakan jahat dan nafsu)
ADAB BERJIHAD
  1. Ikhlas
  2. Sentiasa beriltizam dan istiqamah dalam perjuangan
  3. Sanggup berkorban.

CARA MELAHIRKAN SEMANGAT JIHAD
  1. menambah ilmu pengetahuan khususnya kelebihan berjihad.
  2. Menghayati kisah pejuang-pejuang terdahulu.
  3. melakukan ibadah-ibadah seperti qiamullail dan membaca Al-Quran.


ADAB BERMUSAFIR

PERGERTIAN MUSSAFIR
Orang yang sedang mengembara dari satu tempat ke suatu tempat yang lain.

HUKUM BERMUSAFIR
Wajib
Wajib bagi seseorang muslim yang berkemampuan bermusafir untuk
menunaikan haji dan umrah yang wajib.
Sunat
Bermusafir untuk menziarahi tiga buah masjid utama iaitu Masjidil Haram,
Masjid Nabawi, dan Masjid Al-Aqsa serta bemusafir untuk melakukan perkara
perkara sunat seperti menziarahi saudara mara.
Harus
Bermusafir kemana sahaja dengan tujuan yang diharuskan oleh syarak
Makruh
Terdapat ulama’ yang melarang bermusafir kerana tidak mempunyai
tujuan dan matlamat
Haram
Bermusafir ketempat-tempat yang haram dikunjungi seperti pusat-pusat
maksiat atau menyaksikan pesta-pesta maksiat

ADAB BERMUSAFIR
  1. Melantik seorang ketua (jika 3 org @ lebih)
  2. Menyediakan bekalan yang secukupnya
  3. dilarang melakukan kerosakan kepada alam sekitar.
  4. Menunaikan solat Musafir.
  5. berdoa sebelum memulakan perjalanan
  6. tidak meninggalkan solat fardhu (boleh buat jamak qasor)
sebab perlu menjaga adab ketika musafir
  1. alam sekitar akan terjaga.
  2. Mendapat rahmat dan keberkatan.
  3. Perjalanan lebih selamat.
  4. Jika berlaku masalah ketua akan menyelesaikan.


ADAB TERHADAP NEGARA

  1. Menjaga nama baik negara Merupakan tanggungjawab setiap warga negara
  2. mengharumkan nama negara dengan mencapai kecemerlangan diperingkat antarabangsa dan tidak memburukkan imej negara
  3. Cinta kepada negara
  4. Memelihara keamanan
  5. Berbakti kepada negara mengikut kemampuan
  6. dan kebolehan

Faedah Menjaga Adab Bernegara
  1. Negara akan bertambah maju
  2. Negara dapat diselamatkan daripada ancaman musuh
  3. melahirkan warga negara yang sanggup berkorban untuk mempertahankan negara.
  4. Semangat patriotism lebih dari diri sendiri.
  5. Nama negara akan harum dimata dunia.


ADAB BERNIAGA
PENGERTIAN BERNIAGA
  • Bahasa – Berdagang atau berjual beli
  • Istilah   - Pertukaran harta dengan harta berdasarkan syarat-syarat tertentu.
GALAKKAN BERNIAGA
  • Islam menggalakkan umatnya menceburi bidang perniagaan.
  • Sebelum Nabi Muhammad dilantik menjadi rasul, baginda pernah berniaga.
  • Para sahabat juga ada yang memiliki kedai dan gedung perniagaan di Mekah dan Madinah.
ADAB BERNIAGA
  • Amanah
    • Amanah bermaksud penjual dan pembeli bersikap jujur dan tidak menipu dalam perniagaan
  • Ihsan
    • Ihsan bermaksud penjual melaksanakan perniagaan dengan sebaik mungkin dan tidak sekadar mementingkan keuntungan semata-mata.
    • Perniagaan hendaklah dilakukan untuk mendapat keberkatan daripada Allah
  • Kerjasama
    • Penjual dan pembeli hendaklah bertolak ansur sekiranya timbul sebarang perkara yang tidak diingi.
  • Tekun
    • Perniagaan hendaklah dilakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh agar perniagaan yang dijalankan itu maju dan berkembang.
  • Menjauhi perkara yang haram
    • Penjual juga hendaklah menjauhi perkara yang haram semasa berniaga.
  • Melindungi hak-hak penjual dan pembeli
    • Penjual dan pembeli hendaklah saling melindungi hak-hak masing-masing


ADAB DENGAN PEMIMPIN

KONSEP PEMIMPIN
Pemimpin ialah orang yang dipertanggunjawabkan memimpin  sekumpulan manusia atau Sesebuah organisasi.
TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN TERHADAP RAKYAT DAN AHLINYA
1Menjaga agama
  • Pemimpin wajib memastikan syariat Islam dapat ditegakkan dan pentadbiran negara dijalankan berdasarkan syariat Islam.
2Berlaku adil
  • Pemimpin wajib menegakkan keadilan
3Menyediakan keperluan asas
  • Pemimpin berkewajipan menyediakan keperluan asas kepada rakyat seperti keperluan makanan yang cukup, tempat tinggal, peluang pekerjaan dan pendidikan.


ADAB RAKYAT DAN AHLI KEPADA PEMIMPIN
1.Mentaati pemimpin
-   Rakyat wajib mentaati pemimpin selagi pemimpin tidak
    menyuruh mereka melakukan perkara maksiat.
-    Ketaatan mesti diberikan oleh rakyat dalam perkara
2. Sokongan yang padu
-   Segala polisi dan projek yang dijalankan oleh kerajaan tidak dapat dilaksanakan tanpa sokongan daripada rakyat.
-   Rakyat perlu memberi sokongan padu kepada projek yang membawa faedah.
3. Membantu pemimpin
  • Rakyat mesti bersungguk-sungguh membantu pemimpin dalam mencapai wawasan negara.
  • Cita-cita pemimpin tidak akan tercapai tanpa bantuan rakyat.
4. Menasihati pemimpin dengan cara yang baik
  • Pemimpin adalah manusia biasa dan tidak lati daripada melakukan kesilapan.
  • Sekiranya rakyat hendak menasihati pemimpin, hendaklah menegur pimimpin dengan cara dan saluran yang baik.

KESAN TIDAK TAATI PEMIMPIN
  • Apabila rakyat tidak mentaati pemimpin , mereka tidak dapat melaksanakan tugas dengan lancar.
  • Kesempatan ini akan digunakan oleh musuh negara untuk melemahkan ekonomi dan menjejaskan negara.


ADAB MEMBERI DAN MENERIMA HADIAH

PENGERTIAN SEDEKAH DAN HADIAH
  • Sedekah ialah pemberian yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah
  • Hadiah ialah pemberian sebagai satu penghargaan, tanda kasih sayang atau  pujian.
KELEBIHAN MEMBERI HADIAH DAN SEDEKAH
  • Mendapat ganjaran Allah
  • Disukai oleh manusia
  • Rezeki akan bertambah

JENIS SEDEKAH
  • Senyuman
    • Senyuman yang ikhlas adalah satu sedekah
    • Senyuman juga boleh merapatkan ukhwah islamiah
  • Amar ma’ruf nahi munkar
    • Melaksanakan amar ma’ruf dan nahi munkar adalah satu sedekah
    • Mengajak saudara mara kearah kebaikan dan mencegah mereka daripada melakukan kemungkaran akan menyelamatkan meraka daripada neraka
  • Menyelesaikan masalah orang lain
    • Sekiranya kita menyelesaikan kesusahan dan melepaskan saudara kita daripada kesempitan, maka ia dikira sedekah.
  • Membuang perkara yang menghalang dijalan
    • Membuang benda-benda yang menghalang dan menyusahkan orang ramai dijalan juga adalah sedekah.
  • Wang atau harta
    • Mensedekahkan harta atau wang kepada orang yang memerlukan juga adalah sedekah.
  • Khidmat
    • Sedekah juga dapat dilakukan dengan menolong orang yang memerlukan pertolongan.

ADAB MEMBERI HADIAH DAN SEDEKAH
1 Ikhlas
  • Sedekah dan hadiah yang diberi hendaklah diberi dengan niat yang iklas kerana Allah tanpa mengharapkan balasan daripada makhluk sama ada pujian atau wang ringgit.
2. Memberi barang yang disayangi
  • Untuk mendapat ganjaran yang besar dari sedekah yang kita lakukan, kita hendaklah mensedekahkan barang yang kita sayangi.
  1. Tidak mengungkit semula barang yang telah diberi. Sikap mengungkit akan menghapuskan pahala


ADAB MEMELIHARA ALAM

  • Alam sekitar amat penting kepada manusia kerana banyak manfaat yang diperolehi daripadanya seperti sumber makanan, minuman, tenaga dan alat perhubungan.
  • Pencemaran berlaku berpunca daripada manusia itu sendiri

JENIS PENCEMARAN DAN CONTOH
1 Pencemaran udara
  • Bertambah bilangan kenderaan bermotor
  • Asap yang dikeluarkan oleh kilang-kilang
  • Pembakaran terbuka
  • Asap rokok yang mengandungi karbon monoksida dan tembakau memberikan kesan terhadap penghisap dan orang yang berada di sekitarnya
2 Pencemaran air
  • Sisa bahan buangan kilang seperti toksid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
  • Pembuangan sampah, minyak dan najis yang dibuang kedalam air.
  • Penerokaan hutan juga boleh menyebabkan hakisan tanah yang mencemarkan sungai.
3 Pencemaran tanah
  • Pembuangan bahan-bahan buangan kilang seperti minyak, sisa toksid dan sisa-sisa buangan kilang
  • Pembuangan sampah ada dimerata-rata tempat.
  • Penggunaan racun serangga secara berlebihan.
4 Pencemaran bunyi
  • Bunyi kenderaan bermotor
  • Bunyi kilang
  • Kuari-kuari yang mengeluarkan bunyi pemecah batu, enjin gerudi dan kenderaan.
  • Kerja-kerja pembinaan bangunan

LANGKAH MENGATASI KEROSAKAN ALAM
  1. Memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga alam
  2. Menyediakan kemudahan secukupnya untuk memudahkan orang ramai memelihara kebersihan dan keindahan alam
  3. Mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan kampung atau Bandar
  4. Menggubal dan menguatkuasakan undang-undang yang lebih berat bagi menghukum orang yang melakukan kerosakan kepada alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan