Khamis, 21 Mei 2020

Sambutan Hari Raya menurut Islam

MENYAMBUT AIDIL FITRI
SESUAI SUNNAH NABI 


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
إخوة استاذ حذري البنداني

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ
وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَن
وَالَاهُ

Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya
membentuk golongan muttaqin (orang yang bertakwa).

Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sempena menyambut ketibaan hari lebaran Aidilfitri ini. Antaranya ialah :

1. Memperbanyakkan takbir .

Menurut ulama syafi’eyah takbir hari raya bermula dari terbenam matahari hari terakhir ramadhan sehinggalah takbiratul ihram imam solat sunat hari raya.

Takbir hari raya Aidilfitri adalah takbir mursal yang tidak berhubungkait dengan waktu solat. Sepanjang tempoh (dari terbenam matahari hari terakhir ramadhan sehinggalah usai imam berkhutbah hari raya ) boleh melakukan takbir pada bila-bila masa.

Sunat juga bertakbir ketika keluar dari rumah dan sepanjang perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat hari raya.
Sunat juga bertakbir ketika menunggu kedatangan imam dan para jamaah
hadir ke tempat menunaikan solat hari raya.

Ibnu Umar Radhiyallahu berkata,

أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ
فِيْ الْعِيْدَيْنِ مَعَ الْفَضْلِ بْنِ عَبَّاسٍ وَعَبْدِاللهِ
وَالْعَبَّاسِ وَعَلِيٍ وَجَعْفَرٍ وَأُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ وَزَيْدٍ
بْنِ حَارِثَةَ وَأَيْمَنَ بْنِ أُمِّ أَيْمَنَ رَافِعًا صَوْتَهُ
بِالتَّهْلِيْلِ وَالتَّكْبِيْرِ

“Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam keluar di dua hari raya bersama Al-Fadhl bin Abbas, Abdullah, Al-Abbas, Ali, Ja’far, Al-Hasan, Al- Husain , Usamah bin Zaid, Zaid bin Haritsah, dan Aiman bin Ummi Aiman sambil mengangkat suaranya bertahlil dan bertakbir“. [HR.Al-Baihaqy
dalam As-Sunan Al-Kubro (3/279)

2. Mandi sunat hari raya.

Ali bin Abi Tholib Radhiyallahu anhu pernah ditanya tentang mandi, maka beliau menjawab :

يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَيَوْمَ عَرَفَةَ وَيَوْمَ النَّحْرِ وَيَوْمَ الْفِطْرِ

(Mandi yang dituntut dengan tuntutan sunnah ) ialah mandi di hari Jum’at, hari Arafah (wuquf), hari aidul Adh-ha, dan hari aidul Fitri“.

[HR.Asy-Syafi’i dalam Al-Musnad (114), dan Al-Baihaqy (5919)]

3. Memakai pakaian yang baru, baik dan indah serta menepati tuntutan syariat.
Ibnu Umar , ia berkata:

أَخَذَ عُمَرُ جُبَّةً مِنْ إِسْتَبْرَقٍ تُبَاعُ فِيْ السُّوْقِ
فَأَخَذَهَا فَأَتَى رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَقَالَ يَارَسُولَ اللهِ اِبْتَعْ هَذِهِ تَجَمَّلْ بِهَا لِلْعِيْدِ
وَالْوُفُوْدِ
” Umar mengambil jubah dari sutera yang dijual di pasar. Dia  pun mengambilnya lalu dibawa kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam seraya berkata:

" Ya Rasulullah, Belilah ini agar engkau
boleh berhias dengannya untuk hari raya dan para utusan … ( HR. Al-Bukhari dalam Shohih-nya (906), Muslim dalam Shohih-nya (2068))

Al-Allamah Asy-Syaukani -Rahimahullah- berkata dalam Nail Al-Author (3/349),”

Segi pengambilan dalil dari hadis ini tentang disyari’atkannya berhias di hari raya adalah adanya taqrir Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bagi Umar atas dasar bolehnya berhias di hari raya

( bukanlah sebagai hujah boleh memakai sutera kerana adanya dalil pengharamannya bagi kaum lelaki-pen.)

Imam Syafie  berkata:

Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis
perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.

( Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327).

4. Makan sebelum keluar menunaikan solat hari raya.

Buraidah Radhiyallahu anhu berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْفِطْرِ لَا
يَخْرُجُ حَتَّى يَطْعَمَ

“ Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam tidaklah keluar di hari aidil Fithri sehingga baginda makan terlebih dahulu, ”.
( HR. Ibnu Majah dalam As-Sunan : 1756) Di-hasan-kan oleh Syu’aib Al-Arna’uth dalam Takhrij Al-Musnad (5/352/no 23033)

Sunat juga makan buah kurma.

Anas bin Malik r.a berkata:

“Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.”

Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa
Anas r.a berkata:

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam memakannya dalam jumlah yang ganjil.” ( Hadis riwayat al-Bukhari ; 953 )

* waktu PKP nie solat hari raya hanya di rumah jadi sebelum nak solat sunnat hari raya bersama keluarga jamahlah sedikit makanan untuk mengikuti sunnah baginda Nabi.

5. Menunaikan solat hari raya.

Ibnu Abbas berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى يَوْمَ
الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُصَلِّ قَبْلَهَا وَلَا بَعْدَهَا

“Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam melaksanakan sholat Aidil fithri sebanyak dua raka’at, namun beliau tidak solat sebelum dan sesudahnya“.

( HR.Al-Bukhory dalam Ash-Shohih : 989)

Para ulama menyatakan sunat bersegera menunaikan solat hari raya tatkala imam tiba dan tidak melakukan apa-apa solat sebelum atau selepasnya kecuali solat tahyatul masjid yang ada tuntutannya apabila solat hari raya di lakukan di masjid.( jika dirumah xperlu solat tahiyatul masjid ye)

6. Mendengar khutbah hari raya. 

Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata:

“ Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan
memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah)”.
(HR.  al-Bukhari : 956 ).

* khutbah sunnah sahaja untuk kita baca. jika solat seorang atau bilangan sedikit xperlu khutbah. tetapi jika bilangannya 3, 5 dan keatas adalah sunat yang digalakkan..

7. Mengucapkan tahniah kepada kaum muslimin. Sebaik-baik ucapan ialah :

تقبل الله منا ومنكم

“ Semoga Allah menerima ( ibadah puasa ) dari kami dan kalian”.

al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:

“Apabila para sahabat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bertemu
di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain :

‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan
amalanmu).”

(  Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, jil. 5, ms. 270-271 )

8. Pulang ke rumah melalui jalan yang lain. (tahun nie tak perlu sebab dok rumah ja kan......)

Abu Hurairah Radhiyallahu anhu berkata :

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا خَرَجَ إِلىَ
الْعِيْدِ رَجَعَ فِيْ غَيْرِ الطَّرِيْقِ الَّذِيْ خَرَجَ فِيْهِ

“Nabi Shollallahu ‘alaihi wasallam- jika keluar untuk berhari raya ( solat ), baginda kembali pada selain jalan yang beliau  keluar“. ( HR.Ibnu Majah : 1301)

9. Menzahirkan kegembiraan berhari raya dengan perkara mubah dan tidak
melanggar syariat.

Anas bin Malik r.a berkata: " Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main ( bergembira dengan nyanyian dan paluan kompang-pen) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi:

" Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” ( HR. al-Nasaai: 959).

10. Syawal juga disambut dengan berpuasa enam hari di bulan ini untuk
meraih ganjaran pahala puasa setahun.
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam:

“ Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa
enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun”
( HR Muslim:1164).

Semoga kita dapat mengamalkannya di Syawal ini.. selamat menyambut
hari lebaran :
تقبل الله منا ومنكم

Ya Allah kami memohon rahmat dan perhatian-Mu, anugerahkanlah iman
yang teguh, hati yang suci, akhlak yang luhur dan kehidupan yang sakinah.

Kuatkanlah kami dengan iman dan yaqin, taqwa dan taat ,agar kami tergolong dari kalangan hamba-hamba-Mu yang diredhai dunia dan akhirat…amen.

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّمَ, والْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ  , والعفو.... تقبل الله منا ومنكم...

NOTA RINGKAS TOKOH TINGKATAN 4 DAN 5

TOKOH TINGKATAN 4 DAN 5


·      Nota ringkas ini adalah merangkumi 80% point penting tokoh islam  SPM. Ianya dapat membantu pelajar menjawab 7/10 soalan tokoh insyaallah. Mengelakkan pelajar hilang markah.
·      Pelajar digalakkan membaca buku teks dan buku rujukan sebagai bantuan…


TOKOH SILAM

Bidang

Nama

kitab

Fekah

Nukman bin thabit (imam Hanafi)

-lahir kuffah

-gelarah abu hanifah sbb anak nama hanifah

-seorg ahli pernigaan

-Meninggal dunia ketika berusia 70 tahun

-juga PAKAR DLM ILMU HDS (KARANG FIKH AKHBAR)

 

Fikh akhbar/ faraid

 

Sumbagan : negara yg banyak amal mazhab dia Iraq,Mesir,Syria,Lebanon,dan Bosnia

Malik bin anas (imam malik)

-lahir Madinah

-pakar ilmu hadis

- akhlak : x tunggang kuda dimadinah sbb hormat jasad nabi

Berpegang dengan prinsip “guru mencari murid”

-         Menghormati hadis dgn mandi dan berwuduk sebelum mengajar hadis

-         Terkenal sebagai IMAM DALAM ILMU HADIS

 

Muwatthak

 

Sumbagan mazhab tersebar DI:

Maghribi, Andalus, Algeria dan Mesir

-abu abdillah muhamad bin idris (imam syafie)

-syafie adalah nama datuknya.

-ghazzah@GAZA pelestin

-anak murid imam malik

-digelar BAPA USUL FIQH (menulis ilmu usul fiqh)

 

- al umm (fekah)

-arrisalah (usul fekah/usul fiqh)

 

Tersebarnya mazhab.

 

 

-ahmad bin muhammad bin hambal (imam hambali)

-lahir di baghdad@Iraq

-digelar AL-HAKIM (hafal 700,000 hadis)

-anak murid imam syafie

-mujaddid

- al-musnad

Hadis

-Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim (imam bukhari)

-lahir di Bukhara

- Menghafaz 100,000

hadis sahih dan 200,000 hadis tidak sahih.

-Berjaya MENGUMPUL 600,000 hadis

- digelar AMIRUL MUKMININ dalam bidang HADIS.

 

-jamik assohih / sahih bukhari (himpunan hadis nabi yang paling sistematik)

Tasawuf/akhlak/ sufi

Ab Hamad Muhammad bin Muhammad (IMAM GHAZALI)

-tus, iran

HUJJATUL ISLAM (Kuat Mempertahankan Islam)

-gelaran Ghazali sempena nama tempat

-guru di nizamiah

-penasihat pm

- ihya ulumuddin

- tuhafat al- falsafah

Tamadun

-Abdurrahman Bin Muhammad Bin Muhammad (ibnu khaldun)

-tunisia

-berketurunan Arab Yaman

-s/u khalifah /su sulit

-Meninggal Umur 87 Tahun

GURU 2?

Muhammad Bin Ibrahim Al Bili (FALSAFAH,MATH & SAINS)

 

- mukadimah

 

SUMBANGAN

Perubatan

-Al Husin Bin Abdillah Bin Al Hasan Bin Ali Bin Sina (IBNU SINA)

- Bukhara, Turkistan

-MENGUASAI ILMU PERUBTAN PADA USIA 16 TAHUN

- Mempelajari ilmu fekah dan tasauf daripada Ismail Zahid, ilmi hisab dan prinsip-prinsip geometri daripada Muhammad Masah, ilmu falsafah daripada Abu Abdullah Natili serta ilme sains dan astronomi daripada Al Biruni.

 

JAWATAN

        Pernah bertugas sebagai pakar perubatan di wilayah Rai dan penasihat agung Amir Ala’Daulah di Asfahan

 

- qanun fi tib

 

SUMBAGAN TERUTAMA PENEMUAN SAINS

-         Penemuan penyakit baru dan puncanya

-         Pengaruh kuman dalam penyakit

-         Jangkitan virus seperti Tibi dan sebagainya

-         Penyakit seperti Rubella, alahan , cacar, penyakit jiwa dan sebagainya

-         Penemuan dalam bidang farmasi

-         Menghasilkan ubat yang mujarab untuk pelbagai penyakit kronik dan ubat bisu

-         Membangunkan teknologi perubatan

-         Mencipta benang yang khusus untuk mejahit luka pembedahan, picagari dan lain-lain lagi

 

Tokoh moden

Nama

Sumbangan

karya

Sayid Jamaluddin al-afghani

(al-sayid Jamaluddin b safdar)

-lahir di kabul

-keturunan saidina ali

- bersambung dgn imam tarmizi

- MENINGGAL PADA USIA 60 TAHUN

-GURU SYEIKH MOHD ABDUH

-menguasai beberapa bahasa dunia seperti bahasa Afghanistan, Parsi, Arab, Turki, Urdu, Perancis, Inggeris dan Rusia.

-pelopor Gerakan islah

-guru syeikh mohd abduh

- anggota kementerian Pendidikan (MA’RIF) DI  ISTAMBUL, TURKI

-mengasaskan Akhbar At-Tijarah

 

Syeikh muhamad abduh ( muhamad bin abduh)

-lahir di mesir

- di buang negara – berontak -urabbi

JAWATAN2

1.guru masjid Al-Husaini dan Darul Ulum, Mesir,

2.guru disekolah Sultaniah, Bairut, 3.hakim mahkamah rayuan Mesir, 4.anggota majlis pengurusan Universiti Al Azhar dan Mufti kerajaan Mesir

- islah kurikulum pemdidikan

-integrasi ilmu

-prasaranan

“Al Jamiah Al

Khairiyyah

- urwatul wusqa

KITAB DIA? Risalah Al Tauhid

 

 

-syeikh tahir jalaluddin (Muhammad Tahir Bin Sheikh Muhammad Bin Ahmad Jalaluddin)

- sumatera barat

-mufti perak johoq

 

-asas sekolah

-tolak taklik buta / ilmu kuasai

- kuasai ilmu falak (alfalaki)

-majalah imam

HAMKA (Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah)

-lahir di sg.batang, Minangkabau.

 

-         Anugerah dr kehormat mesir

-         Asas kuliah mubalighin

-tafsir- tafsir al-azhar

-falsafah- falsafah hidup

- dakwah – paduan mubaligh islam

-politik- islam dan demokrasi

       -sastera- Di Bawah Lindungan Kaabah.

       Tenggelamnya Kapal Van Der Vijk.

       Merantau ke Delhi, dan lain-lain.

Majalah – pedoman msyarakat, panji masyarakat.

 
latihan pengukuhan 

 latihan tokoh tingkatan 4

https://quizizz.com/join?gc=7156943

Jumaat, 8 Mei 2020

NOTA RINGKAS ADAB TINGKATAN 5

NOTA RINGKAS ADAB TINGKATAN 5

ADAB BERJIHAD
PENGERTIAN JIHAD
  • bahasa ialah usaha yang bersungguh-sungguh dengan menggunakan kemampuan yang ada.
  • istilah pula, usaha yang dilakukan seseorang muslim dengan menggunakan seluruh kemampuan untuk menegakkan Islam dan mendapatkan keredhaan Allah.
KELEBIHAN ORANG YANG BERJIHAD
  • diangkat darjat di sisi Allah
  • disediakan syurga
  • mendapat pahala yang besar
PERINGKAT JIHAD
  1. Berjihad membaiki diri (belajar agama)
  2. Jihad menghapuskan kezaliman dan kemungkaran.
  3. Jihad melwan kafir Harbi dan munafik
  4. Berjihad melawan syaitan (tidak ikut ajakan jahat dan nafsu)
ADAB BERJIHAD
  1. Ikhlas
  2. Sentiasa beriltizam dan istiqamah dalam perjuangan
  3. Sanggup berkorban.

CARA MELAHIRKAN SEMANGAT JIHAD
  1. menambah ilmu pengetahuan khususnya kelebihan berjihad.
  2. Menghayati kisah pejuang-pejuang terdahulu.
  3. melakukan ibadah-ibadah seperti qiamullail dan membaca Al-Quran.


ADAB BERMUSAFIR

PERGERTIAN MUSSAFIR
Orang yang sedang mengembara dari satu tempat ke suatu tempat yang lain.

HUKUM BERMUSAFIR
Wajib
Wajib bagi seseorang muslim yang berkemampuan bermusafir untuk
menunaikan haji dan umrah yang wajib.
Sunat
Bermusafir untuk menziarahi tiga buah masjid utama iaitu Masjidil Haram,
Masjid Nabawi, dan Masjid Al-Aqsa serta bemusafir untuk melakukan perkara
perkara sunat seperti menziarahi saudara mara.
Harus
Bermusafir kemana sahaja dengan tujuan yang diharuskan oleh syarak
Makruh
Terdapat ulama’ yang melarang bermusafir kerana tidak mempunyai
tujuan dan matlamat
Haram
Bermusafir ketempat-tempat yang haram dikunjungi seperti pusat-pusat
maksiat atau menyaksikan pesta-pesta maksiat

ADAB BERMUSAFIR
  1. Melantik seorang ketua (jika 3 org @ lebih)
  2. Menyediakan bekalan yang secukupnya
  3. dilarang melakukan kerosakan kepada alam sekitar.
  4. Menunaikan solat Musafir.
  5. berdoa sebelum memulakan perjalanan
  6. tidak meninggalkan solat fardhu (boleh buat jamak qasor)
sebab perlu menjaga adab ketika musafir
  1. alam sekitar akan terjaga.
  2. Mendapat rahmat dan keberkatan.
  3. Perjalanan lebih selamat.
  4. Jika berlaku masalah ketua akan menyelesaikan.


ADAB TERHADAP NEGARA

  1. Menjaga nama baik negara Merupakan tanggungjawab setiap warga negara
  2. mengharumkan nama negara dengan mencapai kecemerlangan diperingkat antarabangsa dan tidak memburukkan imej negara
  3. Cinta kepada negara
  4. Memelihara keamanan
  5. Berbakti kepada negara mengikut kemampuan
  6. dan kebolehan

Faedah Menjaga Adab Bernegara
  1. Negara akan bertambah maju
  2. Negara dapat diselamatkan daripada ancaman musuh
  3. melahirkan warga negara yang sanggup berkorban untuk mempertahankan negara.
  4. Semangat patriotism lebih dari diri sendiri.
  5. Nama negara akan harum dimata dunia.


ADAB BERNIAGA
PENGERTIAN BERNIAGA
  • Bahasa – Berdagang atau berjual beli
  • Istilah   - Pertukaran harta dengan harta berdasarkan syarat-syarat tertentu.
GALAKKAN BERNIAGA
  • Islam menggalakkan umatnya menceburi bidang perniagaan.
  • Sebelum Nabi Muhammad dilantik menjadi rasul, baginda pernah berniaga.
  • Para sahabat juga ada yang memiliki kedai dan gedung perniagaan di Mekah dan Madinah.
ADAB BERNIAGA
  • Amanah
    • Amanah bermaksud penjual dan pembeli bersikap jujur dan tidak menipu dalam perniagaan
  • Ihsan
    • Ihsan bermaksud penjual melaksanakan perniagaan dengan sebaik mungkin dan tidak sekadar mementingkan keuntungan semata-mata.
    • Perniagaan hendaklah dilakukan untuk mendapat keberkatan daripada Allah
  • Kerjasama
    • Penjual dan pembeli hendaklah bertolak ansur sekiranya timbul sebarang perkara yang tidak diingi.
  • Tekun
    • Perniagaan hendaklah dilakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh agar perniagaan yang dijalankan itu maju dan berkembang.
  • Menjauhi perkara yang haram
    • Penjual juga hendaklah menjauhi perkara yang haram semasa berniaga.
  • Melindungi hak-hak penjual dan pembeli
    • Penjual dan pembeli hendaklah saling melindungi hak-hak masing-masing


ADAB DENGAN PEMIMPIN

KONSEP PEMIMPIN
Pemimpin ialah orang yang dipertanggunjawabkan memimpin  sekumpulan manusia atau Sesebuah organisasi.
TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN TERHADAP RAKYAT DAN AHLINYA
1Menjaga agama
  • Pemimpin wajib memastikan syariat Islam dapat ditegakkan dan pentadbiran negara dijalankan berdasarkan syariat Islam.
2Berlaku adil
  • Pemimpin wajib menegakkan keadilan
3Menyediakan keperluan asas
  • Pemimpin berkewajipan menyediakan keperluan asas kepada rakyat seperti keperluan makanan yang cukup, tempat tinggal, peluang pekerjaan dan pendidikan.


ADAB RAKYAT DAN AHLI KEPADA PEMIMPIN
1.Mentaati pemimpin
-   Rakyat wajib mentaati pemimpin selagi pemimpin tidak
    menyuruh mereka melakukan perkara maksiat.
-    Ketaatan mesti diberikan oleh rakyat dalam perkara
2. Sokongan yang padu
-   Segala polisi dan projek yang dijalankan oleh kerajaan tidak dapat dilaksanakan tanpa sokongan daripada rakyat.
-   Rakyat perlu memberi sokongan padu kepada projek yang membawa faedah.
3. Membantu pemimpin
  • Rakyat mesti bersungguk-sungguh membantu pemimpin dalam mencapai wawasan negara.
  • Cita-cita pemimpin tidak akan tercapai tanpa bantuan rakyat.
4. Menasihati pemimpin dengan cara yang baik
  • Pemimpin adalah manusia biasa dan tidak lati daripada melakukan kesilapan.
  • Sekiranya rakyat hendak menasihati pemimpin, hendaklah menegur pimimpin dengan cara dan saluran yang baik.

KESAN TIDAK TAATI PEMIMPIN
  • Apabila rakyat tidak mentaati pemimpin , mereka tidak dapat melaksanakan tugas dengan lancar.
  • Kesempatan ini akan digunakan oleh musuh negara untuk melemahkan ekonomi dan menjejaskan negara.


ADAB MEMBERI DAN MENERIMA HADIAH

PENGERTIAN SEDEKAH DAN HADIAH
  • Sedekah ialah pemberian yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah
  • Hadiah ialah pemberian sebagai satu penghargaan, tanda kasih sayang atau  pujian.
KELEBIHAN MEMBERI HADIAH DAN SEDEKAH
  • Mendapat ganjaran Allah
  • Disukai oleh manusia
  • Rezeki akan bertambah

JENIS SEDEKAH
  • Senyuman
    • Senyuman yang ikhlas adalah satu sedekah
    • Senyuman juga boleh merapatkan ukhwah islamiah
  • Amar ma’ruf nahi munkar
    • Melaksanakan amar ma’ruf dan nahi munkar adalah satu sedekah
    • Mengajak saudara mara kearah kebaikan dan mencegah mereka daripada melakukan kemungkaran akan menyelamatkan meraka daripada neraka
  • Menyelesaikan masalah orang lain
    • Sekiranya kita menyelesaikan kesusahan dan melepaskan saudara kita daripada kesempitan, maka ia dikira sedekah.
  • Membuang perkara yang menghalang dijalan
    • Membuang benda-benda yang menghalang dan menyusahkan orang ramai dijalan juga adalah sedekah.
  • Wang atau harta
    • Mensedekahkan harta atau wang kepada orang yang memerlukan juga adalah sedekah.
  • Khidmat
    • Sedekah juga dapat dilakukan dengan menolong orang yang memerlukan pertolongan.

ADAB MEMBERI HADIAH DAN SEDEKAH
1 Ikhlas
  • Sedekah dan hadiah yang diberi hendaklah diberi dengan niat yang iklas kerana Allah tanpa mengharapkan balasan daripada makhluk sama ada pujian atau wang ringgit.
2. Memberi barang yang disayangi
  • Untuk mendapat ganjaran yang besar dari sedekah yang kita lakukan, kita hendaklah mensedekahkan barang yang kita sayangi.
  1. Tidak mengungkit semula barang yang telah diberi. Sikap mengungkit akan menghapuskan pahala


ADAB MEMELIHARA ALAM

  • Alam sekitar amat penting kepada manusia kerana banyak manfaat yang diperolehi daripadanya seperti sumber makanan, minuman, tenaga dan alat perhubungan.
  • Pencemaran berlaku berpunca daripada manusia itu sendiri

JENIS PENCEMARAN DAN CONTOH
1 Pencemaran udara
  • Bertambah bilangan kenderaan bermotor
  • Asap yang dikeluarkan oleh kilang-kilang
  • Pembakaran terbuka
  • Asap rokok yang mengandungi karbon monoksida dan tembakau memberikan kesan terhadap penghisap dan orang yang berada di sekitarnya
2 Pencemaran air
  • Sisa bahan buangan kilang seperti toksid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
  • Pembuangan sampah, minyak dan najis yang dibuang kedalam air.
  • Penerokaan hutan juga boleh menyebabkan hakisan tanah yang mencemarkan sungai.
3 Pencemaran tanah
  • Pembuangan bahan-bahan buangan kilang seperti minyak, sisa toksid dan sisa-sisa buangan kilang
  • Pembuangan sampah ada dimerata-rata tempat.
  • Penggunaan racun serangga secara berlebihan.
4 Pencemaran bunyi
  • Bunyi kenderaan bermotor
  • Bunyi kilang
  • Kuari-kuari yang mengeluarkan bunyi pemecah batu, enjin gerudi dan kenderaan.
  • Kerja-kerja pembinaan bangunan

LANGKAH MENGATASI KEROSAKAN ALAM
  1. Memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga alam
  2. Menyediakan kemudahan secukupnya untuk memudahkan orang ramai memelihara kebersihan dan keindahan alam
  3. Mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan kampung atau Bandar
  4. Menggubal dan menguatkuasakan undang-undang yang lebih berat bagi menghukum orang yang melakukan kerosakan kepada alam.