Sabtu, 23 November 2013

CIRI SEORANG GURU MENURUT ABUL HASSAN ALI AL-HASANI ANNADWI

Syeikh Abul hassan al hasani an nadwi adalah salah seorang ulama yang terkenal dan seorang tokoh pemikir pada abad ke-20. beliau merupakan salah seorang dari tenaga pengajar di Nadwatul Ulama. pandangan beliau terhadap ilmu pendidikan,katanya:-

"لا يكون المعلم معلما إلا أن يكون ملهما "
maksudnya: seseorang guru tidak akan berjaya menjadi seorang guru yang berkesan kecuali apabila ia mendapat ilham dari Allah.

Syeikh menekankan bahawa seorang guru perlu mendapat ilham (bimbingan) dari Allah. ini adalah kerana hanya guru yang mendapat ilham dari Allah sahaja yang dapat meletakkan segalanya sesuai dengan tempatnya, baik dari segi nada suara mengajar, memberi pandangan atau perhatian, memberi contoh-contoh yang sesuai, menambat hati murid dan sebagainya.

(sumber dipetik dari: Abu Ali Al-Banjari An-nadwi (2000), Al-Alim 'Allamah Syeikh Sayyid Abul Hassan Ali Al-Hassani An-Nadwi, Sejarah Hidup dan Pemikirannya. Khazanah Banjariah, Pokok Sena, Kedah.

Selasa, 12 November 2013

PROGRAM CUTI SEKOLAH

asalamualaikum...
 musim cuti sekolah telah pun tiba. sudah menjadi rutin bagi anak pelajar menghabiskan masa lapang dengan aktiviti yang kurang berfaedah seperti lepak, bermain game dan sebagainya. ada baiknya cuti sekolah di isi dengan perkara yang berfaedah seperti menghafaz al-quran dan menambah ilmu pengetahuan. ibu bapa juga haruslah sedar dan jangan kedekut duit untuk memberi pengisian yang berfaedah buat anak. jika anak anda duduk dirumah apa yang mereka akan buat. anak adalah aset dunia dan akhirat anda.

antara cadangan pengisian yang boleh dilakukan ialah:-

1) mengikuti kelas hafazan sepenuh masa.
semasa cuti sekolah para pelajar boleh mengikuti kelas hafazan secara sepenuh masa di madrasah-madrasah yang ada di Malaysia ini. menghafaz al-quran banyak kelebihannya antaranya ialah dapat memberi syafaat kepada 10 ahli keluarganya di akhirat nanti. para ilmuan islam yang terkenal seperti ibnu sina, alfarabi, imam syafi' biasanya bermula dengan menghafaz al-quran.

Pengajian tahfiz di sebuah madrasah.

2) mengikuti pengajian agama di pondok-pondok pengajian.
selain itu para pelajar boleh menyertai pengajian di pondok-pondok pengajian kitab agama. terpulanglah kepada pelajar dan ibubapa hendak memilih pondok moden ataupun tradisional, yang penting pengisiannya. carilah pondok yang dirasakan sesuai dengan anak pelajar. insyaallah pasti akan ada perubahan selepas anak pelajar duduk disana.


3) kem anak soleh/ kem ibadah.
menyertai perkhemahan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak. di dalam perkhemahan sebegini biasanya pelajar akan didedahkan dengan motivasi menjadi anak yang soleh, memperbaiki mutu solat dan sedikit hafazan. perkhemahan sebegini biasanya masanya agak singkat antara 1 hingga 7 hari. peserta juga dikenakan bayaran min RM100. berbanding madrasah yang kadang-kadang tidak perlu membayar satu sen pun.

4) kem akademik
inilah yang terakhir sekali. namun kem sebegini hanya tertumpu dari sudut pencapaian akademik sahaja. nilai agama mungkin diselitkan sedikit sahaja.

itu sahajalah cadangan penulis untuk anak-anak pelajar. sabda Rasullah S.A.W. sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya. semoga anak-anak melaksanakan cadangan ustaz ini. tidak rugi ibu ayah menghantar anak-anak menyertai program yang bermanfaat ini kerana ingatlah apabila mati seorang itu terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan anak yang soleh. semoga ianya bermanfaat untuk kita bersama.... amien. wassalam.

Isnin, 4 November 2013

Kursus Profesionalisme Keguruan

           asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Profesionalisma keguruan adalah satu keteria yang perlu di miliki oleh seorang guru. pada hari ahad yang lalu pihak MRSM Baling telah mengadakan suatu kursus profesionalisma keguruan bagi memantapkan dan menggilap bakat profionalisma guru. Kursus ini telah dikendalikan oleh Tuan Haji Yunus b. Deraman, Pengetua MRSM Kepala Batas.

tuan penceramah menyampaikan ceramah
 antara isi ceramah ialah:
 konsep ilmu menurut imam al-ghazali.

 menurut imam al-ghazali manusia itu dianggap berilmu selagi dia menuntut ilmu, jika dia menyangka sudah berilmu maka dia adalah orang yang jahil. ada 5 kaedah dalam P & P menurut Imam Al-Ghazali iaitu diam, mendengar, mengulang, melakukan dan memberitahu.

strategi pengajran berkesan menurut Imam Al-Ghazali
  1. Ikhlas semata-mata kerana Allah. iaitu para guru perlu ikhlas terhadap kerja yang dilakukan. Mengutamakan kelas dan pelajar kerana semua itu adalah tanggujawab yang utama.
  2. Ada rasa simpati dan syang terhadap pelajar. merasakan pelajar adalah sebagai anak sendiri yang perlu dididik dengan rasa kasih dan sayang.
  3. Mengajar dengan berkesan. iaitu menggunakan pendekatan dan kaedah P & P yang sesuai.
  4. Sabar menerima masalah pelajar dan menerima dengan baik. sebagai contoh guru perlu membezakan pelajar di asrama dengan di sekolah, jangan bawa masalah asarama ke sekolah dan akhirnya menganggu proses p & p.
  5. memberi nasihat dan tunjuk ajar. memberi kerja, latihan dll mengikut kemampuan pelajar.
  6. kaedah tunjuk ajar yang digunakan hendaklah dengan cara yang baik.
  7. berusaha menyediakan pelajar untuk mempelajari subjek yang lain. sebagai contoh sebelum subjek kita adalah subjek sejarah. maka kita perlu set induksi untuk menyediakan pelajar untuk belajar subjek kita.
  8. tidak mendiskriminasi pelajar. tidak bias dan membeza-bezakan pelajar. memberi dididkan, tunjuk ajar secara adil,
  9. memberi penjelasan yang berbeza antara pelajar yang lemah (berpotensi) dengan yang pandai. mungkin pelajar yang lemah memerlukan penjelasan yang lebih terperinci.
ciri-ciri guru profisional.

  1. sikap guru. guru perlu memiliki beberapa sikap yang baik seperti menjiwai kerja, ikhlas, komited, kerjasama, tolak ansur, mahu berubah dan percaya pada sasaran.
  2. master sukatan pelajaran. iaitu guru perlu mengusai sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran bagi memudahkan guru untuk membina item soalan.
  3. analisis. guru perlu mengalisis para pelajar dan sekitarnya.
  4. analisis prestasi. guru perlu memiliki graf prestasi pencapaian subjek mengikut tahun bertuan untuk memperbaiki prestasi. 
  5. analisis item. 
  6. intervention akademik. iaitu mengenalpasti pelajar yang lemah di dalam subjek dan memberi penyelesaian yang sewajarnya untuk memastikan pencapaian meningkat.
  7. mengetahui sasaran % pelajar. mengambil tahu markah pelajar untuk subjek-subjek yang lain. iaitu memastikan pelajar mencapai A+ untuk semua subjek. memberi motivasi kepada pelajar agar mencapai A+ untuk subjek yang lain.
  8. penandaan kertas jawapan. guru perlu menanda kertas soalan secepat mungkin. Jangan menangguh-nangguh. cepat tanda, cepat pelajar dapat dan cepatlah untuk kita bincang. jika terdapat kesalahan catat di dalam buku nota untuk bincang di dalam kelas. setiap latihan perlu disemak untuk pengukuhan dan supaya pelajar lebih semangat.
  9. post mortem. setiap kali keluar keputusan kita perlu adakan post mortem dan membuat penambah baikan.
  10. mengadakan program gemilang ( program kecemerlangan )
  11. mengadakan klikik subjek. iaitu mengadakan latihan untuk topik-topik yang belum dikuasa.
  12. program mentor mentee. iaitu guru melantik pelajar yang cemerlang dalam subjek tertentu mengajar pelajar yang berpotensi. 
  13. mengadakan program pemantapan. 
  14. teachers/students excelant desk iaitu pertemuan antara guru dengan pelajar yang lemah secara individu.
  15. analisis mengikut topik. guru perlu menyediakan mind map yang menunjukkan tajuk keseluruhan. berdasarkan itu dijadikan soalan.
  16. promosi tajuk. ini sewaktu kita hendak buat program gemilang, guru buatlah promosi tajuk yang hendak diajar.
  17. mengadakan program motivasi/ teknik menjawab
  18. mohon restu. mengadakan majlis mohon restu untuk ibubapa, guru dan pelajar. Guru perlu redho dan menghalalkan segala ilmu yang diberi.

sekian sahaja perkonsian kali ini. semoga ianya bermanfaat. wassalam.

Jumaat, 1 November 2013

belajar ilmu tajwid

asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

al-quran adalah kalam Allah yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril AS. penurunan Al-Quran adalah secara berperingkat-peringkat iaitu dari Allah ke siratun muntaha, kemudian turun ke langit dunia dan sampai kepada Rasulallah SAW. gambarannya adalah seperti dalam rajah dibawah.
Rasulallah SAW menerima wahyu yang pertama di dalam gua hira' pada usia bagainda mencapai 40 tahun. Di dalam al-quran terkandung segala macam ilmu pengetahuan seperti ilmu akidah, ilmu feqah, sejarah, sains dan lain-lain. Salah satu dari ilmu Al-Quran ialah ilmu tajwid itu sendiri. ilmu tajwid adalah ilmu bagaimana hendak membaca al-quran dengan bacaan yang betul.

antara tajuk yang terkandung di dalam ilmu tajwid ilmu hukum nun mati, mim mati, hukum mad dll. para pembaca dapat melihat secara ringkas ilmu tajwid di dalam nota yang saya sediakan. klik pada link ini [ http://www.ziddu.com/download/23246686/HukumTajwid.pdf.html ] dan download.

selamat membaca dan beramal. wasalam.