Sabtu, 23 November 2013

CIRI SEORANG GURU MENURUT ABUL HASSAN ALI AL-HASANI ANNADWI

Syeikh Abul hassan al hasani an nadwi adalah salah seorang ulama yang terkenal dan seorang tokoh pemikir pada abad ke-20. beliau merupakan salah seorang dari tenaga pengajar di Nadwatul Ulama. pandangan beliau terhadap ilmu pendidikan,katanya:-

"لا يكون المعلم معلما إلا أن يكون ملهما "
maksudnya: seseorang guru tidak akan berjaya menjadi seorang guru yang berkesan kecuali apabila ia mendapat ilham dari Allah.

Syeikh menekankan bahawa seorang guru perlu mendapat ilham (bimbingan) dari Allah. ini adalah kerana hanya guru yang mendapat ilham dari Allah sahaja yang dapat meletakkan segalanya sesuai dengan tempatnya, baik dari segi nada suara mengajar, memberi pandangan atau perhatian, memberi contoh-contoh yang sesuai, menambat hati murid dan sebagainya.

(sumber dipetik dari: Abu Ali Al-Banjari An-nadwi (2000), Al-Alim 'Allamah Syeikh Sayyid Abul Hassan Ali Al-Hassani An-Nadwi, Sejarah Hidup dan Pemikirannya. Khazanah Banjariah, Pokok Sena, Kedah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan