asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Profesionalisma keguruan adalah satu keteria yang perlu di miliki oleh seorang guru. pada hari ahad yang lalu pihak MRSM Baling telah mengadakan suatu kursus profesionalisma keguruan bagi memantapkan dan menggilap bakat profionalisma guru. Kursus ini telah dikendalikan oleh Tuan Haji Yunus b. Deraman, Pengetua MRSM Kepala Batas.
tuan penceramah menyampaikan ceramah |
antara isi ceramah ialah:
konsep ilmu menurut imam al-ghazali.
menurut imam al-ghazali manusia itu dianggap berilmu selagi dia menuntut ilmu, jika dia menyangka sudah berilmu maka dia adalah orang yang jahil. ada 5 kaedah dalam P & P menurut Imam Al-Ghazali iaitu diam, mendengar, mengulang, melakukan dan memberitahu.
strategi pengajran berkesan menurut Imam Al-Ghazali
- Ikhlas semata-mata kerana Allah. iaitu para guru perlu ikhlas terhadap kerja yang dilakukan. Mengutamakan kelas dan pelajar kerana semua itu adalah tanggujawab yang utama.
- Ada rasa simpati dan syang terhadap pelajar. merasakan pelajar adalah sebagai anak sendiri yang perlu dididik dengan rasa kasih dan sayang.
- Mengajar dengan berkesan. iaitu menggunakan pendekatan dan kaedah P & P yang sesuai.
- Sabar menerima masalah pelajar dan menerima dengan baik. sebagai contoh guru perlu membezakan pelajar di asrama dengan di sekolah, jangan bawa masalah asarama ke sekolah dan akhirnya menganggu proses p & p.
- memberi nasihat dan tunjuk ajar. memberi kerja, latihan dll mengikut kemampuan pelajar.
- kaedah tunjuk ajar yang digunakan hendaklah dengan cara yang baik.
- berusaha menyediakan pelajar untuk mempelajari subjek yang lain. sebagai contoh sebelum subjek kita adalah subjek sejarah. maka kita perlu set induksi untuk menyediakan pelajar untuk belajar subjek kita.
- tidak mendiskriminasi pelajar. tidak bias dan membeza-bezakan pelajar. memberi dididkan, tunjuk ajar secara adil,
- memberi penjelasan yang berbeza antara pelajar yang lemah (berpotensi) dengan yang pandai. mungkin pelajar yang lemah memerlukan penjelasan yang lebih terperinci.
ciri-ciri guru profisional.
- sikap guru. guru perlu memiliki beberapa sikap yang baik seperti menjiwai kerja, ikhlas, komited, kerjasama, tolak ansur, mahu berubah dan percaya pada sasaran.
- master sukatan pelajaran. iaitu guru perlu mengusai sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran bagi memudahkan guru untuk membina item soalan.
- analisis. guru perlu mengalisis para pelajar dan sekitarnya.
- analisis prestasi. guru perlu memiliki graf prestasi pencapaian subjek mengikut tahun bertuan untuk memperbaiki prestasi.
- analisis item.
- intervention akademik. iaitu mengenalpasti pelajar yang lemah di dalam subjek dan memberi penyelesaian yang sewajarnya untuk memastikan pencapaian meningkat.
- mengetahui sasaran % pelajar. mengambil tahu markah pelajar untuk subjek-subjek yang lain. iaitu memastikan pelajar mencapai A+ untuk semua subjek. memberi motivasi kepada pelajar agar mencapai A+ untuk subjek yang lain.
- penandaan kertas jawapan. guru perlu menanda kertas soalan secepat mungkin. Jangan menangguh-nangguh. cepat tanda, cepat pelajar dapat dan cepatlah untuk kita bincang. jika terdapat kesalahan catat di dalam buku nota untuk bincang di dalam kelas. setiap latihan perlu disemak untuk pengukuhan dan supaya pelajar lebih semangat.
- post mortem. setiap kali keluar keputusan kita perlu adakan post mortem dan membuat penambah baikan.
- mengadakan program gemilang ( program kecemerlangan )
- mengadakan klikik subjek. iaitu mengadakan latihan untuk topik-topik yang belum dikuasa.
- program mentor mentee. iaitu guru melantik pelajar yang cemerlang dalam subjek tertentu mengajar pelajar yang berpotensi.
- mengadakan program pemantapan.
- teachers/students excelant desk iaitu pertemuan antara guru dengan pelajar yang lemah secara individu.
- analisis mengikut topik. guru perlu menyediakan mind map yang menunjukkan tajuk keseluruhan. berdasarkan itu dijadikan soalan.
- promosi tajuk. ini sewaktu kita hendak buat program gemilang, guru buatlah promosi tajuk yang hendak diajar.
- mengadakan program motivasi/ teknik menjawab
- mohon restu. mengadakan majlis mohon restu untuk ibubapa, guru dan pelajar. Guru perlu redho dan menghalalkan segala ilmu yang diberi.
sekian sahaja perkonsian kali ini. semoga ianya bermanfaat. wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan