Selasa, 12 November 2013

PROGRAM CUTI SEKOLAH

asalamualaikum...
 musim cuti sekolah telah pun tiba. sudah menjadi rutin bagi anak pelajar menghabiskan masa lapang dengan aktiviti yang kurang berfaedah seperti lepak, bermain game dan sebagainya. ada baiknya cuti sekolah di isi dengan perkara yang berfaedah seperti menghafaz al-quran dan menambah ilmu pengetahuan. ibu bapa juga haruslah sedar dan jangan kedekut duit untuk memberi pengisian yang berfaedah buat anak. jika anak anda duduk dirumah apa yang mereka akan buat. anak adalah aset dunia dan akhirat anda.

antara cadangan pengisian yang boleh dilakukan ialah:-

1) mengikuti kelas hafazan sepenuh masa.
semasa cuti sekolah para pelajar boleh mengikuti kelas hafazan secara sepenuh masa di madrasah-madrasah yang ada di Malaysia ini. menghafaz al-quran banyak kelebihannya antaranya ialah dapat memberi syafaat kepada 10 ahli keluarganya di akhirat nanti. para ilmuan islam yang terkenal seperti ibnu sina, alfarabi, imam syafi' biasanya bermula dengan menghafaz al-quran.

Pengajian tahfiz di sebuah madrasah.

2) mengikuti pengajian agama di pondok-pondok pengajian.
selain itu para pelajar boleh menyertai pengajian di pondok-pondok pengajian kitab agama. terpulanglah kepada pelajar dan ibubapa hendak memilih pondok moden ataupun tradisional, yang penting pengisiannya. carilah pondok yang dirasakan sesuai dengan anak pelajar. insyaallah pasti akan ada perubahan selepas anak pelajar duduk disana.


3) kem anak soleh/ kem ibadah.
menyertai perkhemahan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak. di dalam perkhemahan sebegini biasanya pelajar akan didedahkan dengan motivasi menjadi anak yang soleh, memperbaiki mutu solat dan sedikit hafazan. perkhemahan sebegini biasanya masanya agak singkat antara 1 hingga 7 hari. peserta juga dikenakan bayaran min RM100. berbanding madrasah yang kadang-kadang tidak perlu membayar satu sen pun.

4) kem akademik
inilah yang terakhir sekali. namun kem sebegini hanya tertumpu dari sudut pencapaian akademik sahaja. nilai agama mungkin diselitkan sedikit sahaja.

itu sahajalah cadangan penulis untuk anak-anak pelajar. sabda Rasullah S.A.W. sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya. semoga anak-anak melaksanakan cadangan ustaz ini. tidak rugi ibu ayah menghantar anak-anak menyertai program yang bermanfaat ini kerana ingatlah apabila mati seorang itu terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan anak yang soleh. semoga ianya bermanfaat untuk kita bersama.... amien. wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan